Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Mesra ICT

Isnin, 13 Oktober 2014

2.1 KOMPONEN RANGKAIAN

Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada:-


  • Kabel Rangkaian



    Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti  dan   peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet  

     Perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.






  • Kad antaramuka rangkaian ( NIC)

          

    Peranti yang digunakan  oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.

    Membolehkn komputer berhubung sesama sendiri.



  • Hab

     Berfungsi menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat.

    Hab adalah berfungsi sebagai titik pusat kepada kabel-kabel dalam rangkaian.



  • Suis
      
    Mempunyai fungsi yang sama dengan hab tetapi ia lebih pintar kerana ia berupaya menyemak data yang telah diterima , menentukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.





     

  •  Modem

     Membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.

    Peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke internet.


     
  • Penghala ( Router)
    Membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.

    Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.






  • Titik pusat tanpa wayar ( Wireless Access Point)


    Menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.

    Berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti - peranti lain.

Tiada ulasan: